Mekanik ditahan, disyaki lakukan khianat terhadap kereta ADUN Indera Kayangan

25 Mar 2024 • 9:40 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KANGAR: Polis menahan seorang mekanik motosikal dipercayai melakukan perbuatan khianat terhadap dua kereta milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Gan Ay Ling sehingga mengalami keretakan cermin hadapan dan kemek fender hadapan kereta itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata lelaki berusia 36 tahun itu yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor ditahan di tempat kerjanya di sebuah bengkel motosikal di sini kira-kira jam 4 petang tadi.

“Motif masih dalam siasatan. Polis turut merampas satu bata berwarna merah dipercayai digunakan suspek dalam kejadian ini, sebuah motosikal Honda Wave warna merah, sebuah helmet berwarna putih dan satu bingkai gambar berwarna merah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai kejadian khianat itu, Yusharifuddin berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada ADUN berkenaan pada jam 9.22 pagi tadi setelah keretanya jenis Nissan Grand Livina retak pada cermin sebelah kiri pemandu manakala sebuah lagi kereta jenis Toyota Altis kemek pada bahagian fender sebelah kanan pemandu.

Dalam pada itu, Gan, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perlis, memberitahu media bahawa kejadian berlaku pada jam 2.40 pagi ketika beliau berada di rumah dan terdengar bunyi hempasan pada kereta yang diletakkan di parkir halaman rumahnya.

Sebelum keluar dari rumahnya untuk melakukan pemeriksaan, katanya beliau terdengar bunyi motosikal tergesa-gesa meninggalkan kawasan itu. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved