Mekyun Mohon Maaf Selepas Terlalu Cepat Ulas Isu Kematian Anjing

2 Aug 2026 • 9:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pempengaruh terkenal, Mekyun tampil memohon maaf selepas menyedari kenyataannya berhubung kematian seekor anjing di Pelabuhan Klang, Selangor telah mengguris hati pihak tertentu.

Menurut Mekyun, kejadian itu menjadi pengajaran besar buat dirinya agar lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, terutama melibatkan isu sensitif.

Mekyun akui terlalu cepat buat kesimpulan

Image from: Mekyun Mohon Maaf Selepas Terlalu Cepat Ulas Isu Kematian Anjing

Menerusi hantaran di Threads, Mekyun mengakui dirinya terlalu cepat membuat kesimpulan selepas hanya melihat maklumat yang dikongsikan daripada satu pihak.

Dia sepatutnya memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk memberikan penjelasan, selain menunggu siasatan dan fakta lengkap sebelum bersuara.

Mekyun sepatutnya memberi ruang untuk mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak serta menunggu siasatan dan fakta lengkap sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.- Tulisnya.

Bertanggungjawab atas kesilapan

Image from: Mekyun Mohon Maaf Selepas Terlalu Cepat Ulas Isu Kematian Anjing

Mekyun turut mengakui bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakannya serta kekecewaan yang dialami pihak terbabit, terutama ibu bapa yang terkesan.

Video berkenaan juga sudah dipadam selepas dia menyedari tindakannya mengulas tanpa mendapat gambaran menyeluruh merupakan satu kesilapan.

Dalam masa sama, Mekyun mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menegurnya berhubung perkara tersebut.

Dia turut berjanji akan belajar daripada kesilapan itu dan lebih berhati-hati ketika memberikan pandangan pada masa akan datang.

Terdahulu, Mekyun pernah berkongsi video mengulas dakwaan kekejaman yang membawa kepada kematian seekor anjing dikenali sebagai Rocky.

The post Mekyun Mohon Maaf Selepas Terlalu Cepat Ulas Isu Kematian Anjing appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved