Melaka berhak dapat kepimpinan amanah, berintegriti, gigih bekerja

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 10:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Melaka berhak dapat kepimpinan amanah, berintegriti, gigih bekerja

MELAKA: Melaka berhak mendapat kepimpinan yang amanah, berintegriti dan gigih bekerja demi kesejahteraan rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, beliau yakin pengundi akan memilih calon-calon PH yang akan bekerja demi kebaikan dan perubahan yang nyata buat rakyat negeri itu.

“Melaka berhak mendapat kepimpinan yang amanah, berintegriti dan yang gigih bekerja untuk rakyat dan kesejahteraan mereka.

“Saya yakin warga Melaka akan memilih calon-calon HARAPAN yang akan bekerja demi kebaikan dan perubahan yang nyata buat rakyat Melaka. Melaka Rumah Kita!,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

PH bertanding di 24 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRN Melaka kali ini, dengan 10 daripadanya mengetengahkan calon PKR manakala DAP dan Parti Amanah Negara masing-masing tujuh.

SPR menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian manakala undi awal pada 10 Nov. – BERNAMA

The post Melaka berhak dapat kepimpinan amanah, berintegriti, gigih bekerja appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved