Melaka catat 605 kes jenayah indeks sejak Januari hingga Mei tahun ini

14 Jun 2022 • 9:16 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JASIN: Melaka merekodkan 605 kes jenayah indeks sejak Januari hingga Mei tahun ini menurun berbanding 619 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata daripada keseluruhan kes itu, 318 kes berjaya diselesaikan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

“Selain itu, bagi kes dan tangkapan dadah di Melaka bagi tempoh sama, 373 kes dadah telah diambil tindakan membabitkan tangkapan ke atas 1,784 individu.

“Polis akan terus mempertingkatkan usaha proaktif dalam menangani jenayah dan dadah di negeri ini demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Townhall Bembanku Maju Jaya di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman dan Pengerusi Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Bemban Datuk Hasan Rahman.

Mengenai Townhall Bembanku Maju Jaya, Zainol berkata penganjuran program seumpama itu merupakan manifestasi dan komitmen pihaknya bersama MPHTJ dan Japerun Bemban dalam memberikan perkhidmatan yang efisien dan berkualiti di samping meningkatkan kelestarian keselamatan, keselesaan dan suasana kondusif kepada masyarakat.

Beliau berkata kerjasama erat antara masyarakat dan polis perlu diperluas terutama dalam program Polis Bersama Komuniti bagi membendung jenayah dan dadah.

“Tugas dan tanggungjawab dalam membendung jenayah tidak hanya terletak di bahu polis sahaja tetapi perlu digalas oleh masyarakat bersama khususnya dalam menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa,“ katanya.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved