‘Melanggar hukum cendol’ – Influencer Jepun tumis cendol

Food
20 Jun 2024 • 10:43 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Makanan di Malaysia sering menjadi kegemaran pelancong luar untuk mencuba. Bukan hanya kerana keenakan, tetapi proses pembuatan yang masih dibuat secara tradisional dalam pelbagai jenis makanan dan minuman menjadi tarikan.

Cendol, antara minuman terkenal di Malaysia yang dinikmati Bersama kuah santan dan juga ada yang meletakkan pulut, kacang merah, durian dan macam-macam lagi untuk menambahkan keenakan.

Bagaimanapun, ibarat melawan ‘hukum’, pempengaruh Wanita dari Jepun ini menikmati cendol dengan kaedah lain.

Dalam satu hantaran video di TikTok, pempengaruh yang dikenali sebagai Sora telah membeli cendol yang disangkakan adalah mi segera Ramen.

“Kenapa warna hijau?” soalnya.

Sora mula menumis bahan masakan untuk memasak ‘ramen’ yang dibelinya. Bahan-bahan masakan yang dimasukkan seperti membuat bihun atau mi segera.

Apabila siap sahaja menu tersebut, Sora mula berasa pelik dengan rasa masakan tersebut apatah lagi melihat ‘ramen’ yang dimasak begitu lembik.

Rata-rata netizen Malaysia terhibur dengan video berkenaan dan menerangkan kembali kepada Sora tentang cara sebenar cendol dinikmati.