“Melanggar hukum cendol” – Netizen Bingung ‘Influencer’ Jepun Masak Sup Ramen Guna Cendol

Entertainment
19 Jun 2024 • 2:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rakyat Malaysia pasti menggemari dessert penyejuk tekak iaitu cendol yang dibuat menggunakan cendol, ais, santan dan pelbagai bahan lain.

Pun begitu, seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Jepun telah membuatkan netizen Malaysia bingung apabila dia telah memasak sup ramen menggunakan cendol yang dibeli di pasar raya.

“Nak cuba masak ramen!”

Dalam video yang dimuat naik oleh @sora_fula, dia gemar membuat video dirinya mendalami budaya di Malaysia dan kali ini, dia telah membeli cendol yang disangkakan ‘ramen Malaysia’.

Untuk masakan itu, dia menumis dahulu bawang putih dan tauge sebelum dimasukkan air panas ke dalam kuali. Dia turut meletakkan serbuk sup serta kicap sebagai penambah perisa dan akhir sekali cendol yang telah dibasuh bersih.

Apabila ‘sup ramen’ itu dimakan, dia berasa pelik kerana tekstur cendol itu sangat lembut mungkin kerana ia direbus terlalu lama, jadi dia meminta netizen memberikan tunjuk ajar kepadanya.

“Tu cendol kak!” – Netizen

Bagaimanapun, netizen di ruangan komen ‘menangis’ selepas melihat ‘sup ramen’ yang dimasak oleh pempengaruh tersebut. Mereka menegur wanita itu dan berkata ia adalah cendol yang digunakan dalam dessert sejuk, bukan diletakkan dalam sup panas.

image is not available

image is not available

Selain itu, ada netizen lain memberikan resipi cendol dan mengajar pempengaruh itu cara untuk membuat dessert tersebut.

image is not available image is not available

Adoii.. min pun bingung tengok sup tu.. harap influencer ni boleh belajar cara buat cendol yang sebenar..

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article