“Melawak tak betul” – Isu Gurauan Pasal Nabi, PU Syed Nasihat YouTuber Bertaubat

LocalOpinion
5 Jun 2026 • 12:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

pu syed youtuber bertaubat

Sedutan video yang memaparkan sekumpulan YouTuber yang mana salah seorangnya membuat gurauan yang mengaitkan Nabi Muhammad SAW turut mendapat perhatian pendakwah bebas, PU Syed.

PU Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Benyahya menasihatkan YouTuber tersebut bertaubat di atas ucapan yang dikeluarkan itu.

Tegas PU Syed, gurauan terbabit adalah tidak patut kerana melibatkan nama baginda Rasulullah SAW.

“Saya berharap dia bertaubat dengan taubat nasuha dan tarik balik perkataan itu.

“Kamu menyebut tahun 2026 tidak ada orang akan ingat Nabi itu adalah satu kalimah yang kufur.

Dalam pada itu, PU Syed juga mempersoal adakah ayat yang dikeluarkan itu sudah disediakan dalam skrip atau secara spontan.

Lantaran itu, beliau menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan jika kenyataan tersebut sememangnya menjurus kepada mempersendakan agama.

“Saya harap pihak berkuasa boleh kaji balik perkataan individu ini dan ambil tindakan,” katanya.

@pusyedofficial

Mintak youtuber² ini bertaubat atas ayat “2026 patik menjangkakan tiada orang yg ingat pd Nabi Muhammad SAW”, sambil di sahut hilai tawa..sesama mereka!!

♬ original sound – PU Syed Original – PU Syed Original

Dalam perkembangan lain, YouTuber terbabit tampil membuat permohonan maaf dan berjanji untuk mengambil iktibar daripada insiden berkenaan.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article