“Melayu Islam Bab*” – Lagi Kes Hina Agama Islam, Kali Ini Siap Cabar Suruh Cari Sampai Dapat

Entertainment
17 Jul 2022 • 12:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, kecoh apabila seorang wanita dikatakan menghina agama Islam ketika membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club. Ramai pihak yang membantah tindakan wanita tersebut sehingga tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Masih belum reda isu tersebut, tular lagi satu video baharu yang memperlihatkan seorang lelaki menghina agama Islam dengan menggunakan kata-kata kesat ke atas Nabi Muhammad dan Allah.

image is not available

Menerusi video yang berdurasi selama 36 saat itu, seorang lelaki berbaju hitam seolah-olah mencabar dan menghina agama apabila dia menyamakan Nabi Muhammad sebagai seekor kambing dan khinzir. Selain itu, pemuda tersebut juga menyamakan Allah dengan perkataan kesat yang lain.

“Aku nak tanya pada Melayu Islam yang b***, Nabi Muhammad kau itu sebenarnya kambing b***. Allah kau itu b***. Islam kau itu s*al. Sekarang aku nak kau try jawab dengan aku dulu”, cabar lelaki itu.

Di akhir video, lelaki ini mengaku dirinya tidak takut mati dan dia sempat mencabar orang ramai agar mencari dirinya.

image is not available

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati orang ramai meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan ke atas lelaki tersebut. Malah, ada juga yang meluahkan rasa risau terhadap masyarakat sekarang yang semakin hilang rasa hormat ke atas agama.

“Semakin ramai yang berani hina agama Islam sekarang, risau betul tengok”, tulis seorang warganet.

Semoga pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas lelaki tersebut agar tiada lagi isu sensitif yang dimainkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.