Melecur terkena renjatan elektrik dipercayai cuba curi kabel

3 Apr 2024 • 2:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki cedera terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel di sebuah pencawang Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Kampung Gentisan di sini, Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Kalsom Idris berkata kejadian kira-kira 3 pagi itu disedari penduduk kampung setelah mendengar dentuman kuat sebelum bekalan elektrik terputus.

Beliau berkata penduduk kemudian terdengar suara orang menjerit meminta tolong sebelum menemukan seorang lelaki berusia 30-an dalam keadaan lemah sambil meraung kesakitan dengan kesan kulit terbakar.

“Seorang lagi rakannya dipercayai turut cedera namun sempat melarikan diri sebelum polis tiba,” katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Menurutnya lelaki yang melecur tahap dua hingga tiga di bahagian muka, leher, bahu dan tangan itu dibawa ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda awam, katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.