Anggota bomba wanita cedera terkena renjatan

21 Mar 2024 • 1:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang anggota bomba wanita dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas mengalami kecederaan selepas terkena renjatan elektrik ketika memadam kebakaran di Kampung Keliangau 2, Tebobon, Menggatal dekat sini, Rabu.

Mangsa, Samantha Echa Sigah, 36, dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) di sini untuk mendapatkan rawatan selanjutnya dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua BBP Lintas Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima kecemasan mengenai kebakaran itu jam 10.05 pagi dan menggerakkan sepasukan anggota bersama jentera bomba dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari balai berkenaan.

Beliau berkata kebakaran itu membabitkan rumah serta sebuah bengkel persendirian, dan turut terbakar sepenuhnya tiga kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta Perodua Kancil.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Operasi memadam kebakaran menggunakan sumber air dari jentera dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.44 pagi,” katanya ketika dihubungi pemberita, Rabu.

Katanya, operasi memadam kebakaran dibantu pasukan BBP Kota Kinabalu dan agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) turut berada di lokasi kejadian.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.