‘Melon here, Melon there’ Gelagat 2 warga emas nyanyi lagu Mixue curi tumpuan

7 May 2025 • 3:17 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Mixue Ice Cream & Tea ialah rangkaian kedai minuman dan ais krim dari China yang kini semakin popular di Malaysia. Mixue bukan sahaja terkenal kerana harganya yang murah, tetapi juga kerana lagu temanya yang catchy dan mudah melekat di kepala.

Dengan strategi pemasaran yang unik serta suasana kedai yang mesra pelanggan, Mixue muncul sebagai satu fenomena budaya pop yang tidak dijangka.

Ketika ini, premis berkenaan sedang menjalankan promosi yang meminta pelanggan menyanyikan lagu “melon here, melon there, Mixue melon everywhere”. Pelanggan yang menyanyikan lagu tersebut berpeluang untuk mendapatkan aiskrim secara percuma.

Pelbagai ragam pelanggan dapat dilihat menyanyikan lagu berkenaan tanpa mengira usia.

@mixue.maluri

come and sing “Melon Here, Melon There, Mixue Melon Everywhere” to redeem your free ice cream ! #mixue #mixuemalaysia

♬ suara asli – eka – eka

Namun, menerusi beberapa hantaran video tular, gelagat dua orang warga emas ini telah menarik perhatian ramai. Sebuah hantaran yang dikongsikan oleh premis Mixue Taman Maluri merakamkan seorang warga emas berbangsa Cina mengajar seorang lelaki warga emas berbangsa Melayu cara menyanyikan lagu tersebut.

“Ada persahabatan yang bermula dengan berjabat tangan, tapi kami dimulakan dengan aiskrim melon percuma,” katanya.

Gelagat kedua-dua warga emas itu menikmati aiskrim turut dirakam, dan rata-rata netizen terhibur melihat keletah mereka.