“Memalukan” – Tak ‘Respect’ Peserta Dari Korea, Pengacara Big Stage Dikecam Netizen?

Entertainment
8 May 2023 • 11:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, rancangan realiti nyanyian Big Stage kini kembali menghiburkan penonton untuk musim ke-5.

Musim kali ini, dua pengacara baru ditampilkan iaitu Elly Mazlein dan Rina Nose yang merupakan pelawak popular dari negara seberang, Indonesia.

Konsert sulung bagi musim ini diadakan semalam namun ada kecaman hebat daripada netizen apabila kedua-dua pengacara itu dikatakan tidak profesional ketika melayan peserta duo daripada Korea Selatan, Hoondoo.

Selepas persembahan duo yang mempersembahkan lagu balada nyanyian asal Ailee itu, kelihatan Rina Nose mengajuk bahasa Korea Selatan namun tiada maksud, sebaliknya hanya sekadar gibberish.

Perkara itu mendatangkan kemarahan ramai netizen, terutamanya peminat K-Pop dan ramai yang merasakan tindakan pengacara itu tidak profesional malah memalukan.

Tidak kurang juga, ada yang membandingkan pengacara itu dengan pengacara musim-musim sebelum ini iaitu Alif Satar dan Sherry Al-Hadad.

image is not available

Ramai yang menganggap tidak sepatutnya pengacara itu berbuat demikian kerana ia seakan tidak menghormati bahasa serta budaya negara lain.

Sebagai info, Hoondoo merupakan penyanyi yang sering membuat cover lagu-lagu Bahasa Melayu di YouTube dan dalam konsert sulung Big Stage semalam, duo berkenaan mendapat markah tertinggi daripada juri.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved