“Memang akan buat trauma tapi…” – [VIDEO] Netizen Puji Guru Tadika Buat Simulasi Penculikan

Entertainment
3 Nov 2022 • 4:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, kebelakangan ini terdapat banyak kes penculikan yang melibatkan kanak-kanak, sebagai ibu bapa sudah pastinya ia adalah sesuatu yang merisaukan.

Jadi, pelbagai pendekatan yang telah dilakukan oleh pihak ibu bapa dengan bantuan pihak sekolah bagi mengekang kes-kes seperti ini berlaku.

Sebuah video telah tular di laman media sosial TikTok yang memaparkan sebuah tadika tempatan melakukan simulasi penculikan dan video tersebut mendapat perhatian ramai.

Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @umi.maisarah 94 itu menunjukkan beberapa orang guru berpakaian serba hitam dan menarik seorang pelajar tadika melalui pintu pagar kecil premis tersebut.

Kanak-kanak di situ kemudiannya lari bertempiaran sambil menangis ketakutan dan dalam video seterusnya pihak tadika itu menjelaskan selepas simulasi tersebut, pelajar-pelajar di situ telah ditenangkan dan diberikan taklimat berkenaan simulasi tersebut.

@umi.maisarah94

Replying to @Putera Aniq part dalam kereta tak rakam sbb tak cukup tangan nak rakamimage is not available pelakon semua cikgu termasuk saya image is not available#fyp #fypシ

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

“Bagus latih mereka dari awal”

Ramai netizen memuji pendekatan yang dilakukan oleh tadika tersebut walaupun ada yang merasakan perkara itu akan mendatangkan trauma kepada kanak-kanak tetapi ramai juga yang mempunyai pendapat ianya ibarat satu langkah berjaga-jaga.

image is not available

Ikut pepatah “sediakan payung sebelum hujan” kan? Good effort cikgu-cikgu!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.