Seorang gadis mendakwa dia telah dirogol oleh dua lelaki yang merupakan kawan kepada kekasihnya.
Menurut pengadu yang dikenali sebagai Tasya berkata, kejadian itu berlaku di rumah teman lelakinya yang sebelum itu mengajaknya datang ke rumah atas alasan ibunya mahu berjumpa dan makan malam dengan mangsa.
Bagaimanapun, pengadu tidak menyangka lelaki itu telah mengupah dua rakan untuk merogolnya.
‘Mama ajak dinner bersama’
“Saya diajak datang untuk dinner bersama family dia. Tetapi sebenarnya dia menipu saya. Saya betul-betul tak dapat nak lawan bila mereka bertiga dah di depan mata.
“Saya kenal dia dah dua tahun dan hampir tiga tahun. Saya sudah biasa dan selalu diajak makan bersama keluarga dia. Tetapi kali ini dia menipu saya.
“Saya dipaksa dalam keadaan sedar, bukan dalam keadaan diberi ubat ke apa,” katanya.
Mangsa kemudian menuntut penjelasan, namun lelaki itu pula mempersoalkan keikhlasan mangsa terhadapnya selama ini.
Suspek persoal keikhlasan mangsa
“Speechless, I tak tahu nak cakap apa lagi. Sampai hati you tipu I Haziq. You pakat bawa dua orang member you. I ingat you okay je Haziq. You tipu I, guna nama mama pulak tu.
“You ingat nak lepas macam itu saja ke? You boyfriend I tau. You sepatutnya back up I, bukannya hired diorang. You dah gila ke apa?” kata mangsa dalam mesej yang dihantar kepada teman lelakinya.




“That’s mean you memang tak sayang I selama ini kan? I sayang you tau. I will ask my friend about you, if you pregnant. Dia yang bertanggungjawab sebab dia yang p##### dalam you,” balas Haziq tanpa rasa bersalah.
Suspek mengaku upah dua rakannya
Difahamkan mangsa telah memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapanya, selain telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Dalam perbualan WhatsApp, Haziq mengaku telah mengupah dua rakannya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu, selepas gagal memujuk mangsa untuk tidak berjumpa dengan ibu bapanya. Malah, dia dengan yakin ibu bapanya tidak akan menerima mangsa sebagai menantu.
“Memang aku pun yang buat kau… best apa. Kau ingat parents aku nak amik kau ke? I think no. Nak repeat tak? Pregnant already?” katanya.







Rakan suspek nafi diupah
Salah seorang rakan kepada Haziq yang dikenali sebagai Ja, juga mengakui terbabit dalam kejadian terkutuk itu. Namun menafikan dakwaan yang dia telah diupah oleh Haziq untuk berbuat demikian.
“Saya dah minta maaf dengan mangsa dalam chat. Saya nak terangkan, Haziq yang ajak dinner tanpa ada ibu bapanya di rumah. Kitorang buat dinner sendiri. Kitorang ada enam, tiga dah balik dulu dan tak terlibat langsung, malah tak tahu apa-apa.
“Selepas itu, si Haziq ni beritahu yang mangsa dalam perjalanan ke rumah. Haziq mengaku sendiri yang dia dah lama tahan dengan girlfriend dia. Bukan masalah upah ke tak, jujurlah sebenarnya memang Haziq plan panggil mangsa datang ke rumah.
“Then jadi macam ni. Senang cerita, ini bukan diupah dan ini memang telah dirancang,” katanya.
Tambah Ja, mereka nekad melakukan perbuatan keji itu kerana masing-masing sedang mengalami depresi.


Ibu suspek mohon maaf
Sementara itu, ibu kepada Haziq juga memohon maaf di atas kejadian yang menimpa mangsa. Katanya, dia selama ini selalu mengajak mangsa datang ke rumah untuk makan malam bersama atas sebab mahu menghalalkan hubungan mangsa dengan anaknya, Haziq.
“Aunty minta maaf bagi pihak anak aunty. Aunty dah anggap awak macam anak aunty dah. Aunty minta maaf atas apa yang anak aunty dah buat.
“Selama ini aunty minta Haziq bawa awa dinner bersama, ingatkan nak halalkan awak berdua. Sebab tahun depan plan aunty dan uncle nak meminang awak sebenarnya.
“Tapi aunty dah hilang semangat,” katanya yang turut menyatakan hasrat bertemu dengan ibu bapa mangsa bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
Wanita berkenaan mengakui Haziq telah menggunakan namanya untuk mengajak mangsa datang ke rumah. Sedangkan ketika itu, dia tiada di rumah.
Di media sosial, netizen mengecam tindakan tiga remaja terbabit dan menggesa pihak berkuasa segera menyiasat dakwaan tersebut serta mengambil tindakan undang-undang.
“Semakin hari semakin rosak belia kita. PDRM tolong tangkap mereka ini yang telahpun mengaku secara terbuka di media sosial.” kata netizen.
The post ‘Memang aku pun yang buat kau, dah pregnant?’ – Remaja 19 tahun mengaku upah 2 rakannya untuk rogol teman wanita appeared first on The Reporter.



