
Masih tak reda isu kontroversi rumah tangga Alif Teega yang semakin hari semakin banyak kisah yang mula terungkai dari perkahwinan mereka. Baru-baru ini pula, Alif telah memuat naik sebuah video di akaun Instagram miliknya yang telah membawa rasa tidak puas hati dari golongan wanita terutamanya para isteri.
Hantaran video yang dimuat naik itu memaparkan dirinya dan isteri, Aisyah Hijanah yang sedang menunggang motorsikal bersama-sama di kawasan perkampungan. Video yang terlihat sweet itu ternyata tidak memberi rasa yang sama kepada para netizen. Tak lupa juga kapsyen yang disertakan bersama hantaran tersebut yang seolah-olah ingin membuktikan bahawa mereka berdua sedang bahagia meskipun diuji dengan pelbagai ujian.
Bahagia itu tidak mampu dibuat-buat, dan tidak mampu disembunyi
Jika kamu yang rasa bahagia, maka itu tandanya kamu bahagia.Allah jaga kebahagiaan kami. Bahagia kami tetap utuh. Kerana takdir tertulis seperti itu.
View this post on Instagram

Sumber : Instagram
Namun begitu, warganet tidak mudah terpedaya dengan kapsyen manis dirinya itu. Malahan, ramai yang menyatakan rasa marah dan kecewa dengan tindakan Alif di ruangan komen hantaran berkenaan. Bagi mereka, jika benar apa yang dikatakan itu tentang hubungannya bersama Aisyah, mengapa dirinya tetap memilih untuk bernikah dengan isteri keduanya. Ramai beranggapan itu tidak adil dan turut rasa kasihan kepada Aisyah yang menjadi mangsa keadaan.
Pada masa yang sama, ramai turut menggesa personaliti media sosial ini untuk tidak memuat naik sebarang hantaran di media sosial buat masa sekarang yang dikira sensitif memandangkan isu pernikahan Alif buat kali kedua itu masih hangat dibicarakan. Warganet tidak mahu dirinya menambah-nambahkan api ke dalam situasi tersebut.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Harini Abang Akan Masuk Lokap!" - Tular 'Voice Note' Aisyah Hijanah Kecewa Dikasari Alif Teega
The post “Munafik ‘Version’ 2 Ke Apa Kau Ni..” – Alif Teega Muat Naik Video ‘Sweet’ Dengan Aisyah, Netizen Minta Berhenti Talam Dua Muka first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

