“Memang Aku Tak Halalkan” – Penjual Berang ‘Customer’ Tak Bayar Makanan Lepas Order

26 Oct 2022 • 2:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Hidup dalam dunia yang penuh dusta sekarang ni, macam-macam cara orang gunakan untuk menipu tau.

Kalau dulu satu negara kecoh dengan penipuan melibatkan wang ringgit, kini ada pula orang yang sanggup menipu untuk mendapatkan makanan tanpa membuat sebarang bayaran.

Penjual kongsi ditipu pelanggan

Itulah pengalaman dirasai seorang penjual makanan atas talian bernama Mimi Safi Hana selepas dia ditipu seorang pelanggannya yang membuat tempahan tetapi hanya diam seribu bahasa.

Menurut Mimi, dia menerima tempahan daripada scammer tersebut yang mahu membeli beberapa juadah disediakan Mimi melalui hantaran whatsapp. Difahamkan juga, pembeli tersebut meminta agar makanan yang ditempahnya itu dihantar dengan menggunakan khidmat penghantar makanan.

image is not available

Jelas Mimi lagi, setelah dia menyiapkan tempahan dan menghantar makanan itu, pembeli berkenaan bertindak mendiamkan diri dan tidak membuat sebarang bayaran pembayaran selepas menerima makanan yang ditempahnya.

image is not available

Pembeli tersebut dilihat tidak memberikan sebarang respon dan lebih menggeramkan hanya meninggalkan blue tick terhadap mesej dihantar Mimi itu.

Guna taktik sama untuk peniaga lain

Menjengah di ruangan komen, difahamkan bahawa tindakan dibuat pembeli itu merupakan modus operandinya yang pernah berlaku terhadap penjual lain bagi mendapatkan makanan secara percuma.

image is not available

Macam-macam cara sekarang ni untuk menipu kan? Diharapkan agar semua peniaga dan penjual di luar sana untuk lebih berhati-hati.

Kredit: Facebook Mimi Safi Hana

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media