"Memang Comel, Tapi Nanti Ramai Buat" - Wanita Bawa Kucing Dalam KTM, Buat Netizen Garu Kepala

Entertainment
23 Feb 2023 • 11:27 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Rakyat Malaysia memang suka perlihara pelbagai jenis haiwan. Lebih-lebih lagi memelihara seekor kucing. Bila dah ada kucing dalam rumah ni, suka atau tidak dia dah dikira sebagai salah satu ahli keluarga! Mesti berat hati nak tinggalkan kucing sendirian di rumah.

Viral baru-baru ini, satu video TikTok seorang wanita yang memuatnaik momennya membawa kucing peliharaannya naik Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Wanita bernama Eliza Dianna tidak mengetahui akan larangan membawa haiwan peliharaan ketika menaiki KTM. Niatnya hanya hendak berkongsi momen comel bersama kucingnya yang bernama Marissa. Namun, netizen khuatir akan menjadi ikutan orang ramai.

Jangan ikut tau, Eliza tak tahu takpa. Mungkin terlepas pandang. Nak bawa dalam carrier pun kadang-kadang ada orang yang tidak selesa lebih-lebih lagi dalam pengankutan awam.