Tokti Selesa Bertutur ‘English’ Di Luar Negara, Kerap Kena ‘Judge’ Kalau Cakap Dengan Orang Kita

Entertainment
20 Feb 2023 • 6:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa dengan gelaran TokTi akui bahawa dirinya tidak begitu yakin untuk bertutur Bahasa Inggeris.

“Tapi saya mampu untuk bercakap bila saya berada di luar negara, atau berada di kalangan bukan orang Melayu yang suka judge kita.”

Tokti mengakui bahawa untuk bercakap Bahasa Inggeris dengan lancar memerlukan keberanian dan latihan yang kerap.

Dalam pada itu, TokTi juga kongsikan bahawa persekitaran kehidupannya membuatkan dirinya kurang keyakinan.

image is not available

“Mungkin saya dibesarkan dalam keluarga yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris, sebagai bahasa percakapan dan di kalangan saya pun saya membesar dengan lebih kepada Bahasa Melayu.”

“Dan saya lebih senang berbahasa Melayu, itu mungkin antara yang perlu saya hadapi, cabaran untuk diri saya.”

Bagaimanapun, TokTi menyatakan ia bukanlah sesuatu yang mematahkan semangatnya untuk menjadi orang yang berjaya.

“Jangan kata kita tak boleh cakap Bahasa Inggeris kita tak boleh pergi ke luar negara, kita tak boleh terkenal, tengok macam mana orang Jepun.”

TokTi juga memberikan contoh terbaik iaitu negara Jepun yang memartabatkan bahasa ibunda mereka, tetapi negara mereka jauh lebih maju.

image is not available

“Mereka begitu memperkayakan Bahasa Jepun dia, dia begitu advance lagi daripada kita negara timur, orang barat pun banyak belajar dengan orang-orang Jepun, teknologi mereka, tapi mereka masih berpegang pada bahasa ibunda dia.”

Tegas TokTi lagi, tak perlu bangga jika seseorang itu mahir bertutur Bahasa Inggeris untuk memperkecilkan golongan yang kurang mahir.

“Tak salah kalau kita silap tatabahasa ke, ada masalah grammars ke tak apa, bila orang tegur, kita belajar.”

Namun begitu, TokTi bersikap terbuka jika menerima teguran daripada orang ramai seandainya penggunaan Bahasa Inggerisnya tidak betul ketika ingin membuat sebarang perkongsian di Instagram.

“Jadi, kita jangan nak condemn orang sesuka hati, sebab belum tentu yang condemn tu betul-betul perfect dan betul-betul bijak pandai kan.”

Salute dengan TokTi, tak malu mengaku kelemahannya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.