“Memang fitnah” – Aeril Mahu Ambil Tindakan Undang-undang Gara-gara Nama Dikait Isu Panas

Entertainment
23 Feb 2023 • 12:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon dan ahli perniagaan, Aeril Zafrel telah berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap satu portal hiburan selepas namanya dikaitkan dengan isu panas.

Menerusi Instagram sebelum ini, Aeril telah memuat naik satu tangkap layar menunjukkan satu portal hiburan telah menggunakan gambar dia dan isterinya Wawa Zainal beserta kapsyen yang mengundang fitnah.

Harian Metro melaporkan, Aeril telah pun meminta peguamnya untuk menghantar letter of demand (LOD) kepada portal tersebut.

image is not available

Saya dah suruh peguam saya untuk hantar letter of demand (LOD) sebab kapsyen dan gambar memang dah mengundang fitnah.”

Selain itu Aeril turut menjelaskan bahawa founder yang dikatakan itu bukanlah dia kerana dia tak pernah bayar gaji lambat malah turut memberikan bonus kepada pekerjanya.

Memang fitnah. Sebab saya tak pernah bayar gaji staf lambat, malah siap bagi duit bonus , duit zakat, duit raya dekat staf tiap tahun.”

Manakala dalam salah satu hantaran terbaru Aeril di Instagram, pelakon ini menunjukkan portal tersebut telah pun memadamkan artikel itu namun menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh diselesaikan dengan cara seperti itu sahaja.

image is not available

Sebelum ini, agak kecoh di media sosial apabila seorang individu mendedahkan mengenai founder suami isteri yang dikatakan telah menindas pekerja mereka dengan memotong gaji semua staf sebanyak 35% gara-gara tak mencapai sasaran jualan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.