“Memang gegar kuat, rasa nak tenggelam” – Struktur Bangunan Runtuh, 10 Kereta Rosak Dihempap

16 Aug 2023 • 12:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah video tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan kejadian sebahagian struktur bangunan runtuh yang menyebabkan beberapa buah kereta rosak dihempap.

Ramai yang menyangkakan kejadian itu berlaku di luar negara kerana ia sangat jarang berlaku di Malaysia.

Menurut laporan The Star, kejadian menyeramkan itu berlaku di Kuchai Entrepreneurs Park, Kuala Lumpur dan kejadian itu telah menyebabkan sebanyak 10 buah kereta rosak dihempap batu konkrit yang jatuh dari bahagian atas bangunan tersebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.40 malam Selasa.

“Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Angkatan Pertahanan Awam bertindak balas terhadap kejadian itu.

Kami segera mengepung kawasan itu bagi membolehkan pihak berkuasa memeriksa bangunan itu,” katanya.

Selain itu, beliau turut berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku memandangkan bangunan komersial itu kosong ketika kejadian itu berlaku.

“Kami menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan itu buat masa ini.

Jangan membuat spekulasi mengenai kejadian itu dan bersabar kerana pihak berkuasa berkaitan menjalankan pemeriksaan rapi bagi memastikan bangunan itu selamat,” katanya lagi.

Seram ya, tengok kejadian ni…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.