“Memang Humble Orangnya” – MK K-Clique Salam & Cium Tangan Peminat Cilik Raih Pujian [Video]

31 May 2024 • 7:09 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Bagi kebanyakan artis, sokongan peminat amat penting dalam menjadikan diri mereka kekal relevan dan dikenali dalam industri hiburan.

Oleh sebab itu, boleh dikatakan hampir kesemua selebriti di negara ini menghargai peminat mereka yang datang daripada pelbagai usia.

Walaupun penat dengan kerja seharian, namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat seorang artis untuk melayan dan menghargai peminat mereka.

MK K-Clique Salam & Cium Tangan Peminat Cilik

Begitulah yang turut berlaku kepada salah seorang anggota kumpulan K-Clique, Muhammad Hairi Amin bin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @3maret88, kelihatan MK sedang menyantuni peminat ciliknya di salah sebuah pangsapuri. Difahamkan, pada ketika itu dia dipercayai sedang menjalani penggambaran drama.

Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan pelakon utama drama Aku Bukan Ustazah itu yang bersalaman dan mencium semula tangan salah seorang peminat ciliknya ketika kanak-kanak itu berjumpa dengannya.

Malah, dia turut bergurau dengan mencuit bahagian perut kanak-kanak itu sebelum menurunkan tandatangannya kepada kertas yang diberi oleh kanak-kanak terbabit.

Layanan MK Terhadap Peminat Raih Pujian

Layanan MK terhadap peminat ciliknya itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata warganet memuji tindakan MK yang sanggup memberikan layanan sedemikian kepada peminat.

Malah, ada warganet yang pernah berjumpa penyanyi berkenaan turut berkongsikan pengalaman ketika berjumpa dengan MK dan menyifatkan pemuda berkenaan sebagai seorang yang baik.

Berikut antara komen warganet:

“Balik Rumah Bini Dia Selalu Pergi Masjid Setiap Waktu, Aku Duduk Belakang Dia, Nak Tegur Segan”

image is not available

“MK Ini Memang Humble Orangnya, Hormat Orang, Tua Muda Semua Dia Sama Saja Hormatnya”

image is not available

“Salute La MK Ni, Memang Humble Sangat”

image is not available

“Ini Adab Yang Patut Dicontohi, Bukan Orang Salam Dia Tarik Tangan”

image is not available

“Suka Tengok Orang Baik Dengan Budak-Budak”

image is not available

“Harap Dia Jadi Pemenang Pelakon Baru Terbaik Tahun Ini”

image is not available

Source: