Memang Kalau Kahwin, Wajib Kena Ada Anak Ke? – Jasmin Hamid Minta Makcik Netizen Jaga Rumahtangga Sendiri 

Family & Parenting
27 Jan 2023 • 6:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Jasmin Hamid meluahkan rasa geram dan menyampah dengan netizen yang sibuk menjaga hal rumah tangga orang. - Gambar Instagram

Kesabaran seseorang itu memang ada batasnya. Itulah yang terjadi kepada pelakon Jasmin Hamid apabila berdepan dengan segelintir netizen yang suka menyibuk hal rumah tangga orang lain dan tidak punya adab bila memberikan komen. 

“Memang kalau kahwin wajib kena ada anak ke? Kalau kita orang takde anak, kita orang kacau laki makcik ke? Sibuk tanya bila orang nak beranak, bila nak beranak? Makcik nak beranak tiap-tiap  tahun beranaklah,” katanya dalam satu hantaran video meme.

image is not available
Jasmin Hamid - Gambar Instagram

Tidak cukup dengan itu, Jasmin turut meluahkan rasa kesal dan menyampah dengan puak netizen kaki sibuk hal rumah tangga orang di dalam kapsyen hantarannya itu. 

“Geram, je dengan mulut-mulut yang tak ada adab. Suka sibuk hal rumahtangga orang. Sekarang ni ramai “Penyondol’ (kaki rampas). Baik jaga rumah tangga masing-masing baik-baik..

“Sedangkan jaga lelaki dengan kemas pun boleh terlepas, inikan pula yang lupa dan leka nak jaga laki sendiri sebab sibuk jaga rumah tangga orang lain. 

“Hati-hati anda semua. Sibukkan kain orang, rupanya kain sendiri koyak, tak sedar,” katanya. – Getaran 27 Januari 2023