“Memang Ketara, Tak Macam Perut Buncit…” – Tak ‘Deny’ Ketika Ditanya Waktu ‘Live’, Peminat Teka Uqasha Senrose Hamil

Entertainment
19 Nov 2023 • 2:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berita kehamilan selebriti sudah tentu membuatkan peminat mereka teruja namun kadang kala tekaan netizen tidak betul sebaliknya artis itu hanya sedikit buncit.

Uqasha Senrose tidak terlepas daripada menjadi bualan apabila ramai yang membuat tekaan dirinya sedang hamil anak pertama.

Mana tidaknya, kata netizen mereka ternampak ‘baby bump’ isteri aktor Kamal Adli itu baru-baru ini dalam sebuah video di media sosial.

image is not available

Lebih menguatkan lagi tekaan mereka, Uqasha dikatakan tidak menjawab apabila dipersoal tentang berbadan dua semasa live di TikTok.

Sebaliknya, aktres jelita itu hanya membiarkan soalan tersebut tidak dijawab dengan menukar topik yang dibualkan dan ia terus menjadi tanda tanya.

Mungkin juga ia hanya sangkaan netizen namun ada yang yakin bahawa tekaan mereka betul kerana penampakan itu agak ketara dan tidak terlihat seperti perut buncit.

image is not available

Kalau betul, tahniah buat pasangan sejoli Uqasha dan Kamal. Berita kehamilan ini sesuatu yang peribadi jadi kalau ia betul pasti mereka tunggu masa yang sesuai untuk umumkan.

Apa apa pun, kita doakan yang baik untuk Uqasha dan Kamal.

image is not available 5 days ago

"Nampak Buncit Tak Semestinya Hamil.." - Penat Menjawab Soalan, Untuk Kesekian Kalinya, Diana Danielle Tak Mengandung