“Memang Kitorang Takde Pun Dalam Peta” – Peminat Kesal 2NE1 ‘Pulau’ Malaysia Untuk Konsert Jelajah Terbaru

LocalEntertainment
13 Sep 2024 • 5:35 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pasti ramai yang teruja kan untuk menantikan reunion 2NE1 setelah sekian lama!

Sebelum ini, YG Entertainment telah mengumumkan reunion 2NE1 menerusi konsert jelajah dunia yang akan berlangsung di banyak negara.

Bermula di Seoul pada Oktober nanti, kumpulan 4 ahli itu akan turut menemui peminat di negara Asia.

Melihat poster yang dikongsi, mereka akan melawat 6 bandar Asia seperti Bangkok, Taipei, Hong Kong, Singapura, Manila dan Jakarta.

Meninjau di laman X, peminat di Malaysia rata-rata kecewa kerana 2NE1 telah mengecualikan negara kita dari konsert jelajah mereka.

Tambahan pula, Kuala Lumpur adalah bandar yang sering tersenarai untuk konsert atau persembahan solo setiap ahli sebelum ini. Antara komen yang ditulis,

  • Malaysia macam mana?!
  • Memang Malaysia takde pun dalam peta..
  • Hmm dah biasa Malaysia kena skip.

Hmm kecewa lah camni..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.