“Memang match made in hell” – Pedas, Cik Epal Sindir Bekas Suami, Sempat Titip Pesan Pada Dewi

Entertainment
5 Apr 2025 • 2:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru sahaja sah bergelar suami, Jofliam nampaknya tak terlepas daripada disindir bekas isterinya, Cik Epal, yang sempat memberi ‘ucapan tahniah’ dalam nada sinis selepas dia bernikah dengan Emira Delyati Dewi pada Sabtu.

Menerusi satu hantaran Instagram, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud menyindir secara terbuka pasangan tersebut, malah sempat ‘menitipkan’ pesanan khas kepada Dewi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal (@cikepal06)

Fuh, pedas betul!

Sebelum ini, tular gambar kad jemputan dan sesi ‘fitting’ baju pengantin pasangan itu, sekali gus menguatkan spekulasi mereka bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Teka-teki itu akhirnya terjawab apabila Jofliam dan Dewi sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang dikongsi oleh perancang acara Munstara Event menerusi Instagram Stories pada Sabtu.

Kedua-duanya tampil sedondon serba putih.

image is not available
Tangkap layar perkahwinan Jofliam dengan wanita pilihan hatinya, Emira Delyati Dewi yang dimuat naik di Instagram Munstara Event

Namun di sebalik kegembiraan itu, ramai kembali mengungkit kisah lama. Netizen mengimbas semula dakwaan yang mengatakan Dewi yang juga bekas pekerja kepada Jofliam sebelum ini menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan Cik Epal.

Untuk makluman, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Han dan Yuki. Namun, mereka memilih untuk berpisah pada tahun lalu selepas 10 tahun bersama.

Biarpun Jofliam kini sudah melangkah ke fasa baharu dalam hidup, nampaknya bayang kisah lama masih menghantui… dan mungkin belum berakhir.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.