“Memang Mus*bat Perangai” – Individu Kantoi Jual Sofa Pemberian Orang Secara ‘Free’, Siap Naikkan Harga

28 Jul 2023 • 2:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu hantaran di media sosial Twitter telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya apabila seorang individu didakwa ‘kantoi’ melakukan keuntungan atas angin.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan difahamkan telah diberi satu unit sofa secara percuma oleh pemilik asal perabot berkenaan.

Namun, ‘kantoi’ pula apabila posting individu itu telah ditemui di laman jual beli Carousell dan diketahui oleh pemilik asal sofa itu.

image is not available

Sumber : Twitter  

Ya, aku tak puas hati. Orang tu bagi free dekat group Facebook. Dia dapat, lepas tu pergi jual balik dekat Carousell.

Dah la gambar dekat Carousell pun pakai gambar yang pemilik asal letak dalam grup Facebook. Tak ada usaha langsung nak ambil gambar sendiri.

Setelah foto tangkap layar jualan berkenaan tular, ramai yang tampil memberikan pendapat masing-masing mengenai isu penjualan dan keuntungan atas angin yang diperoleh oleh individu tersebut.

image is not available

Sumber : Twitter  

Malah, individu itu turut menaikkan harga daripada RM500 kepada RM600 tidak lama kemudian.

Mungkin sudah pecah tembelang, individu itu dilihat telah memadamkan iklan jualan sofa itu di platform Carousell.

Sumber : Facebook  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan tindakan individu itu sebagai tidak beretika dan jika ia berjaya dijual, hukum wang yang diterimanya adalah haram jika pemilik sofa itu tidak benarkan ia dijual.

Namun, ada juga yang menganggap perkara tersebut tidak salah dilakukan dan husnuzon merasakan mungkin individu itu terdesak memerlukan wang.

Apa pendapat anda? Kongsikan kepada kami.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 10 hours ago

"#DudaMemangTasteRatu" - Muat Naik Video Dengan Jejaka Kacak, Ratu Farah Dah Ada Kekasih?