
Sejak beberapa hari lalu, ramai meluahkan rasa simpati terhadap pemain badminton perseorangan Malaysia iaitu Lee Zii Jia selepas dia menangis akibat rasa tertekan nama sering dipetik oleh media.
Video kecam Zii Jia tular semula
Susulan itu, video-video lama yang memaparkan beberapa wartawan mengecam Zii Jia secara ‘live’ tular semula.

Dapat dilihat dalam satu rancangan di Astro Arena kelihatan tiga orang wartawan mengkritik pemain badminton tersebut ketika dia menyertai Sukan Olimpik Tokyo tiga tahun lalu.
‘Memang patut dia tak layan’
Kata wartawan-wartawan itu, Zii Jia tidak perlu pegang nama Malaysia dan tidak tahu bagaimana mahu ukur kejayaannya susulan membuat keputusan keluar dari BAM.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen berkata memang patut pemain badminton berusia 26 tahun itu tidak melayani wartawan.

"Wartawan Of The Year!" - Pencetus Semangat Buat Pemain Badminton Malaysia, Sikap Bangmed Raih Pujian
The post “Memang Patut Dia Palau Korang” – Kata Jangan Pegang Nama Malaysia, Video 3 Pengulas Sukan Kecam Lee Zii Jia Tular Semula first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


