“Memang sedap bersangka-sangka” – Kecoh Isu Anak Jadi Penyondol, Abby Abadi Buka Mulut?

Entertainment
8 Sep 2023 • 12:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam, isu berkaitan seorang wanita mendakwa rumah tangganya punah disebabkan orang ketiga yang juga anak kepada pelakon terkenal.

Selepas banyak spekulasi daripada netizen, akhirnya pelakon ternama tempatan Abby Abadi membuka mulut berkenaan isu tersebut.

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon siri Gerak Khas itu memberi bayangan seperti kisah pendedahan oleh wanita di X itu seakan tidak tepat dan kenyataannya itu seperti menuduh.

image is not available

“Tentang isu yang viral ni, takpe sila komen-komen dulu, cari pahala ya. Nanti saya jawab, memang sedap bersangka-sangka, menambah-nambah cerita dan menuding jari pada orang ini,” tulisnya.

Gosip tersebut kecoh di media sosial, nama anak perempuan sulungnya Marissa Dania menjadi bualan ramai kerana dituduh menjadi punca penceraian sepasang suami isteri.

Abby Abadi juga memuat naik sebuah lagi IG Story yang berkata pihak keluarga wanita itu tidak menceritakan perkara yang berlaku dengan jelas dan Abby sendiri sudah pun bertemu dengan keluarga tersebut.

image is not available

“Ye kami ada berjumpa, itu waktu baru dimaklumkan hal ini. Memang masa itu tak tahu cerita pun tapi bila bercerita kata kami datang berjumpa untuk minta maaf? Apa tu?

Tu malas nak bercakap, jadi geram dengan perangai manusia ni.

Ps: siapa yang bersumpah dan junjung Al-Quran tu? Yang pasti bukan dari pihak kami ya,” tulisnya.

Malah, bekas isteri Norman Hakim itu juga mengingatkan agar pihak di sana untuk bercerita dengan jelas agar orang tidak berspekulasi.

Makin panas isu ni ya…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.