'Memang sedih sampai tak boleh tidur...' – Siti Saerah akur pilihan anak, reda Amad pindah tinggal bersama ayah di Pahang

Family & ParentingLifestyle
4 Jun 2026 • 10:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Memang sedih sampai tak boleh tidur...' – Siti Saerah akur pilihan anak, reda Amad pindah tinggal bersama ayah di Pahang

IBU mana yang tidak tersentuh apabila terpaksa berjauhan dengan darah daging sendiri?

Begitulah luahan rasa penyanyi, Siti Saerah yang terpaksa akur dan reda apabila anak lelaki remajanya, Ahmad Dayyan atau Amad, memilih untuk berpindah dan menetap bersama bapanya di Pahang.

Walaupun berat dan menyakitkan, Saerah memilih untuk tidak mementingkan diri sendiri demi kebahagiaan dan masa depan si anak.

Memahami jiwa anak muda yang sedang membesar, Saerah menganggap keputusan itu sebagai sebahagian daripada proses kematangan Amad.

Image from: 'Memang sedih sampai tak boleh tidur...' – Siti Saerah akur pilihan anak, reda Amad pindah tinggal bersama ayah di Pahang

"Saya sebagai ibu tidak pernah menghalang kehendak dia sekiranya dia rasa pilihan untuk pulang ke sana itu adalah yang terbaik untuk diri dan kebaikan dia.

"Saya tak ada masalah. Sebenarnya kami semua okey, tak ada masalah.

"Bila anak dah remaja, ada masa dia ada pilihan sendiri dan saya tidak pernah menghalang," ungkapnya sebak.

Namun, di sebalik ketabahan seorang ibu, terselit juga rasa rindu dan hiba yang mendalam.

Image from: 'Memang sedih sampai tak boleh tidur...' – Siti Saerah akur pilihan anak, reda Amad pindah tinggal bersama ayah di Pahang

Dia berkongsi rasa hatinya ketika ditemui SinarPlus dalam majlis pelancaran single album Hujung Indah Umairah.

Adik kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza ini mengakui emosinya sempat terganggu pada fasa awal perpisahan tersebut.

"Ibu mana yang tak sedih. Memang saya sedih sampai tak boleh tidur. Tapi tak mengapa, itu pilihan dia.

"Saya sebagai ibu mendoakan yang terbaik untuk dia dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buat dirinya. Dengan pilihan yang dia buat itu, saya berharap akan ada perubahan yang baik untuk dirinya.

Image from: 'Memang sedih sampai tak boleh tidur...' – Siti Saerah akur pilihan anak, reda Amad pindah tinggal bersama ayah di Pahang

"Mungkin perubahan yang baik itu bermaksud dia merasakan pilihan yang dibuat itu membuatkan dirinya gembira. Kadang-kadang anak muda ini macam-macam. Mereka ada kehendak sendiri. Jadi tak mengapa, kita ikut sahaja pilihan dia.

"Kalau dia rasa pilihan itu membuatkan dia gembira dan membawa perubahan yang lebih baik, saya sebagai ibu pastinya turut gembira," jelasnya panjang lebar.

Biarpun kini berada jauh di pantai timur, itu bukan bermakna karier seni Amad berkubur begitu sahaja.

Jelas Saerah, anaknya itu tetap komited terhadap dunia nyanyian dan masih mempunyai tanggungjawab besar yang perlu diselesaikan di bawah label pengurusan mereka.

"Sebenarnya sekarang ini Amad ada menandatangani kontrak untuk lagu bersama syarikat rakaman World Peace Music. Jadi macam mana sekali pun dia kena selesaikan hal kerja dia.

Image from: 'Memang sedih sampai tak boleh tidur...' – Siti Saerah akur pilihan anak, reda Amad pindah tinggal bersama ayah di Pahang

"Saya cakap dengan dia, apa pun yang berlaku, kontrak itu kena diselesaikan juga. Apa yang perlu diselesaikan, kena diselesaikan.

" Saya hanya sebagai ibu yang mampu mendoakan yang terbaik untuk dia supaya dia berjaya pada masa hadapan dengan pilihan yang dia buat sendiri," tegasnya lagi.