“Memang Sempoi”- Buka Tingkap Kereta Terus Nyanyi Lagu ‘Macha’, Siap Ada Yang Sambung Habiskan

Entertainment
1 Jun 2024 • 4:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sekumpulan remaja lelaki India tular apabila menyahut panggilan dari seorang lelaki melayu yang menyebut ‘Macha’ dengan nyanyian.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki melayu membuka tingkap dengan spontan memanggil macha pada sekumpulan kanak-kanak berbangsa India.

Hanya dengan panggilan tersebut, remaja India itu menyahut dengan lagu macha nyanyian Zubir Khan.

Lebih menarik, para remaja itu menyanyikan lagu tersebut dari mula sehinggalah ke bahagian korus!

Selepas melihat video tular itu, para netizen menyatakan keakraban rakyat Malaysia boleh dikuatkan lagi dengan lagu dan nyanyian.

“Baru intro sikit je tapi budak-budak ini payung sampai habis!” kata Saggitarius.

“Anak aku hafal lagu ni, sudahlah suka layan movie tamil, lauk pula kalau boleh hari-hari hendak makan kari. Pening aku,” kata Queen.

“Dahsyat penangan lagu Zubir Khan…” kata Nurul.

Siap berjoget lagi abang Melayu dalam kereta memang sempoi habis!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.