“Memang sempoi” – ‘Drive-Thru’ Ambil Ubat Naik ‘Quadbike’, Gelagat Pakcik Ini Buat Netizen Terhibur

Entertainment
20 Aug 2022 • 1:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak kemudahan pandu lalu atau ‘drive-thru’ diperkenalkan oleh rangkaian restoran makan segera, banyak pihak-pihak yang lain yang mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan pandu lalu.

Min nak share dengan korang satu video yang konsepnya lebih kurang sama dengan ambil ubat secara drive-thru di klinik kesihatan cuma ada kelainan sikit. Korang tengok video @AdwinWidanta kat bawah ni dulu.

Memang sempoi!

Rata-rata netizen kagumdan terhibur dengan gelagat pakcik yang ambil ubat naik motosikal roda empat atau ‘quadbike’ tu. Lain macam idea dia ambil ubat sampai ke kaunter terus naik moto tu.

image is not available

Drive thru terus sampai ke depan kaunter. Memang lain macam betul pakcik ni kan. Sempoi je pakcik ni perlahan-lahan mengundurkan kenderaan mininya selepas dah selesai ambil ubat kat kaunter.

image is not available

Biasanya boleh drive thru ambil ubat. Mungkin pakcik ni tak tahu nak drive thru kat mana, itu pasal sampai ke depan kaunter dibawanya quadbike dia tu.

image is not available

Senang, sekali jalan. Tak payah turun-turun dah. Kalau kena tunggu kat simpang atau traffic light pun senang, tak payah lenguh kaki nak tongkat moto.

image is not available

Rasanya zaman muda pakcik ni mesti sempoi habis. Perangai sempoi tu di bawa sampai ke tua, itu pasal yang sampai naik moto ambil ubat pun drive thru gak.

image is not available

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article