
Netizen pula terhibur melihat nama di IC berkenaan
Memang Unik, Nama ‘Baby Girl’ Di IC Pelajar Sabah Ini Buat Ramai Terkejut. Baru-baru ini, tular di Facebook seorang individu memuat naik gambar IC seorang wanita dengan nama yang amat unik iaitu Baby Girl.
Pelik tapi benar, perkara itu juga telah membuat individu berkenaan terkejut apabila dia melihat sendiri pada IC wanita tersebut.

Ingatkan pelajarnya bergurau
Dalam perkongsian Nina Othman di Facebook, dia berkata dia telah beranggapan bahawa salah seorang pelajarnya bergurau ketika dia menyuruh mereka meletakkan nama di media sosial bagi tujuan aktiviti pengenalan diri.
Dia juga menasihati pelajarnya untuk menggunakan nama profesional untuk letak di media sosial bagi tujuan pengenalan diri bila bergelar seorang usahawan nanti.
Dia berasa marah dan hairan dengan salah seorang pelajarnya itu kerana telah meletakkan nama panggilan ‘Baby Girl’ setelah dia menegaskan agar jangan menggunakan nama samaran dalam program berkenaan.

Di IC memang sah namanya Baby Girl
Untuk kepastian, Nina Othman menanyakan kepada wanita tersebut adakah benar namanya Baby Girl.
Alangkah terkejutnya dirinya apabila dia melihat nama tertera di IC pelajarnya itu ‘Baby Girl Binti Ariffin’!
Menjengah ke ruangan komen pula, netizen rata-ratanya terkejut dengan nama unik berkenaan dan berasa bahawa iainya sesuatu yang menghiburkan.
Baca komen di sini:


Kalau anda ada nama yang unik juga, apa kata anda kongsikannya di ruangan komen sosial media kami!



