
Boleh kasi on ni masa tetamu datang rumah hehe
Memang Wajib Ditayang, Ini 5 Filem Iconic Anda Boleh Tonton Di Hari Raya. Sambutan Hari Raya adalah masa di mana keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk meraikan musim perayaan.
Jika anda menganjurkan gathering di rumah anda untuk sambutan Raya ini, berikut adalah 5 filem yang wajib dipasang di TV anda untuk menghiburkan tetamu anda dan menyemarakkan lagi suasana perayaan!

1. Senario the Movie
Ini adalah movie yang WAJIB ditayangkan di rumah sempena Hari Raya. Filem ini dibintangi oleh kumpulan komedi popular pada akhir tahun 90an dan awal tahun 2000, Senario.
Ramai pasti akan membangkitkan nostalgia zaman kemuncak kumpulan ini dan mengimbau kembali kemeriahan dunia komedi yang pernah berjaya memenangi hati ramai orang suatu masa dulu.

2. I Know What You Did Last Raya
Filem ini merupakan parodi filem AS I Know What You Did Last Summer tapi sebenarnya tak seram macam filem asal. Malah, tiada unsur pembunuhan atau cubaan membunuh langsung dalam filem ini.
Filem ini menceritakan tentang 5 rakan pulang ke kampung pada malam Raya. Dari segi komedi, mereka yang membesar menonton filem ini pasti akan berasa nostalgia menontonnya memandangkan komedi zaman itu benar-benar berada pada tahap yang berbeza berbanding dengan zaman sekarang!

3. Mami Jarum Junior 2
Filem ini mengisahkan seorang andartu yang gemar membawa mulut dan memecah-belahkan kehidupan orang lain.
Diterbitkan pada awal 2000an, filem ini terkenal dengan komedinya yang turut memberikan banyak pengajaran kepada penonton.

4. Nana Tanjung
Filem keluaran 2006 ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Nana Tanjung yang mencari jodoh untuk anak-anaknya, terutamanya anak sulung, Khairunnisa. Filem ini lebih bertemakan kekeluargaan dan mempunyai beberapa pengajaran kepada penonton.
Filem ini turut dibintangi oleh Saiful Apek yang memegang watak teman lelaki rahsia Khairunnisa dan dinamik antara pelakon ini dan pelakon yang membawa watak Nana Tanjung (arwah Shafiee Jaafar) menghiburkan penonton.

5. Hantu Kak Limah
Hantu Kak Limah merupakan movie ketiga dari francais movie Kak Limah dan mengisahkan Kak Limah yang berkahwin dengan Khuda, kawan baik Husin.
Seperti filem sebelum ini dalam francais Kak Limah, plot berkisarkan penduduk Kampung Pisang dan aksi komedi Husin and the geng kekal menghiburkan penonton.

Apa lagi filem iconic yang anda rasa harus ditayangkan sempena Hari Raya? Komen di bawah filem kegemaran korang!
Baca juga artikel yang berkaitan:

