Risau Masuk Angin, Ini 4 Tips Untuk Pastikan Kuih Raya Anda Kekal Fresh

2 Apr 2025 • 11:41 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kalau kuih dah masuk angin ni, tak best dah hmm. Jadi ini antara tips yang berguna untuk anda

Risau Masuk Angin? Ini 4 Tips Untuk Pastikan Kuih Raya Anda Kekal ‘Fresh’. Salah satu perkara wajib yang perlu kita ada di rumah apabila ada tetamu untuk sambutan raya ialah biskut.

Sebagai tuan rumah, kita pasti nak tetamu kita diberi makanan yang berkualiti bukan? Jika anda takut biskut anda kena masuk angin, jangan risau! Berikut adalah 5 tips yang boleh anda ikuti untuk memastikan biskut anda kekal segar!

image is not available
Risau Masuk Angin? Ini 4 Tips Untuk Pastikan Kuih Raya Anda Kekal ‘Fresh’

1. Pastikan balang biskut tidak basah

Pertama sekali, pastikan balang biskut anda kering sebelum memasukkan biskut anda ke dalamnya. Keadaan lembap boleh merosakkan biskut anda jadi pastikan anda mengeringkan dalam balang dengan baik sebelum memasukkan biskut anda!

image is not available
Risau Masuk Angin? Ini 4 Tips Untuk Pastikan Kuih Raya Anda Kekal ‘Fresh’. Pastikan dalam balang tu kering dulu sebelum masukkan biskut.

2. Guna kertas minyak untuk biskut berminyak

Mungkin ada yang beranggapan tidak perlu menggunakan kertas minyak ketika meletakkan biskut dalam balang. Tetapi ada sebab mengapa kertas ini wujud kerana ia digunakan untuk menyerap lebihan minyak daripada biskut berminyak seperti biskut mentega dan tart nanas.

Untuk menggunakan sepenuhnya kertas minyak ini, letakkan kertas minyak pada setiap lapisan biskut di dalam balang.

image is not available
Letakkan kertas minyak pada setiap lapisan untuk penyerapan minyak maksimum. Kredit: Carousell

3. Guna bekas jenis airproof

Cara paling mudah untuk mengelakkan udara masuk ke dalam biskut anda ialah menggunakan bekas kedap udara. Mungkin kaedah yang paling popular untuk memastikan biskut kekal segar, bekas jenis ini pasti akan menjamin biskut anda akan kekal segar.

Namun, ia dinasihatkan supaya tidak sentiasa membuka dan menutup penutup bekas jenis ini kerana ia boleh mengakibatkan udara terperangkap di dalam bekas dan menyebabkan biskut menjadi lemau.

image is not available
Contoh bekas jenis kedap udara. Kredit: Carousell

4. Jangan campur biskut segar dan biskut ‘lama’

Tipu lah kalau tak pernah campur biskut segar dengan biskut yang telah lama dikeluarkan dari bungkusannya. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya tidak digalakkan untuk mencampurkannya walaupun ia adalah jenis yang sama.

Biskut yang sudah lama dikeluarkan dari bungkusan sebenarnya boleh menjejaskan kesegaran biskut segar jadi sebaiknya simpan dalam bekas berasingan. Jika anda perlu mengisi semula balang biskut anda, cuba tunggu sehingga biskut semasa dalam balang telah dihabiskan sepenuhnya sebelum menambah biskut baru.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Baca juga artikel yang berkaitan: