
MEMBAKUT: Usaha untuk mewujudkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Membakut kini dalam proses bagi mempermudahkan sebarang keperluan berkaitan pendidikan di kawasan ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ariffin Arif berkata, inisiatif itu turut melibatkan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan PPD Beaufort.
Buat masa ini katanya, urusan berkaitan pendidikan berada di bawah PPD Beaufort manakala urusan sama bagi kawasan Bongawan yang turut termasuk dalam daerah Membakut, di bawah PPD Papar.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');}); “Saya juga sudah bawa perkara ini kepada YB Menteri Pendidikan (Fadlinah Sidek) pada mesyuarat Exco Pendidikan sebelum ini dan akan sekali lagi membangkitkannya di mesyuarat sama minggu depan,” katanya elepas merasmikan Semarak Ilmu Dewan Undangan Negeri (Dun) Membakut dan Pelancaran Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan (Bistari), di sini, Khamis.
Bercakap mengenai program itu, Ariffin yang juga Adun Membakut berkata, pelbagai program bantuan pendidikan dilaksanakan di majlis itu melibatkan semua sekolah di kawasan ini.
Katanya, antaranya bantuan beg sekolah di bawah BistariI kepada murid Tahun Satu sekolah rendah, Bantuan Bagus kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sukses, Balkis dan Bisbah bagi semua sekolah di Membakut.
“Ini adalah inisiatif kerajaan negeri di bawah agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) yang telah dilaksanakan setiap tahun bagi meningkatkan kemudahan serta tahap pendidikan di wilayah ini.
“Selain bantuan pendidikan, kita turut sediakan biasiswa kerajaan negeri, Dermasiswa dan banyak lagi bagi membantu anak-anak yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Usaha murni ini turut melibatkan bantuan zakat pendidikan kepada golongan kurang berkemampuan termasuk tiket kapal terbang bagi mereka yang belajar di luar Sabah,” katanya.
Terdahulu, penyerahan Anugerah Jasamu Dikenang yang dikhaskan untuk bekas-bekas guru dan Anugerah Pelajar Cemerlang turut diadakan di majlis itu sempena Hari Guru Peringkat Daerah Membakut.



