Muis belanja RM40 juta setahun bagi pendidikan, mangsa bencana

LocalPolitics
9 May 2025 • 3:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

Kota Kinabalu: Kira-kira RM40 juta dibelanjakan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) melalui Bahagian Zakat dan Fitrah (BZF) setiap tahun bagi bantuan pendidikan dan sumbangan kepada mangsa yang terjejas akibat musibah di seluruh Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ariffin Arif berkata, daripada jumlah itu, RM25 juta adalah untuk bantuan Derma Siswa manakala selebihnya digunakan untuk pembangunan pendidikan dan bantuan lainnya.

“Pendidikan memang fokus kita dan setiap tahun kita berikan kira-kira RM40 juta melalui BZF, dan RM25 juta untuk (bantuan pendidikan) Derma Siswa, pembangunan pendidikan, guru, (bantuan) zakat dan lain-lain lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“(Setakat) Tahun ini sumbangan daripada BZF dianggarkan RM45 juta,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Penyerahan Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran oleh Muis serta Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) di Kampung Darau Laut, di sini, Khamis.

Terdahulu, sebanyak RM10,000 disumbangkan Muis dan RM3,000 daripada PBNS kepada 10 Ketua Isi Rumah (KIR), yang masing-masing menerima RM1,300 selepas kediaman mereka musnah akibat kebakaran pada April lalu.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Setiausaha Muis, Ramlan Ag Ali; Pengerusi PBNS, Datuk Omar Sulaiman Omar dan Pengerusi Smart Sabah, Datuk Mohd Razali Razi.

Mengulas lanjut, Ariffin yang juga Exco Pendidikan berkata, bantuan sama telah disalurkan Muis melalui BZF dan PBNS kepada semua mangsa yang terjejas akibat musibah itu di seluruh Sabah.

Pada masa sama, katanya, bantuan berkenaan turut merangkumi mangsa yang terjejas banjir sebagaimana yang berlaku sebelumnya di beberapa daerah awal tahun ini.

“Kita berharap bantuan ini dapat meringankan sedikit beban kepada mangsa terbabit dan pihak Muis dan PBNS akan sentiasa membantu bukan saja mereka yang terjejas akibat musibah tetapi juga dalam aspek pendidikan.

“Sebarang permohonan untuk bantuan seumpama ini, boleh disalurkan melalui Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) berdekatan di kawasan masing-masing,” katanya.