
MEMBAKUT: Masyarakat di kawasan ini bakal menikmati kemudahan sukan yang lengkap menerusi pembinaan Kompleks Sukan Daerah Membakut dengan kos RM13 juta tahun depan.
Wakil rakyat Membakut, Datuk Dr. Ariffin Arif berkata, dana projek itu akan dimasukkan di bawah peruntukan tambahan (ASP) kerajaan negeri pada Jun tahun depan.
Advertisement“Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor pada dasarnya sudah bersetuju memasukkan peruntukan khas pembangunan Kompleks Sukan Daerah Membakut bersama dengan Kompleks Sukan Daerah Sook.
“Rekabentuk dan peruntukannya pun sama dan Insya Allah ia akan dimasukkan dalam ASP pada Jun tahun depan.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Lokasinya juga sudah dikenalpasti seterusnya bakal memenuhi keperluan dan aspirasi masyarakat khususnya golongan belia di daerah ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Sukan Integrasi Pejabat Daerah Membakut yang diadakan di perkarangan Pejabat Daerah Membakut, di sini pada Jumaat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi juga memaklumkan Dewan Masyarakat Daerah Membakut yang baharu akan turut dibina menggantikan kemudahan sedia ada yang sudah usang.
Beliau berkata, sebanyak RM6 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi pembinaan insfrastruktur berkenaan yang akan dilaksanakan tahun depan selepas segala proses berkaitan selesai.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Dewan Masyarakat Daerah Membakut ini akan dibina di tapak sama manakala kerja-kerja merobohkan dewan lama akan dilaksanakan dalam masa terdekat agar projek ini dapat bermula.
“Kemudahan ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun, sekaligus bakal menjadi mercu tanda baharu untuk daerah ini,” katanya.
Terdahulu, Ariffin di majlis itu turut merasmikan Bangunan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Daerah Membakut yang siap dibina di perkarangan Pejabat Daerah Membakut, di sini.




