Memories Pada Google Photos Ditukar Kepada Moments

TechnologyDigital
29 Nov 2024 • 11:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Memories adalah antara ciri Google Photos yang kerap dikemaskini dan dikembangkan menjadi semakin baik. Ciri ini mula tiba pada tahun 2019, tetapi hanya boleh dikawal pengguna pada tahun 2021. Kini Memories disokong oleh AI, pengguna boleh menyekat wajah seseorang dan juga kongsi sebagai fail video. Terbaru, Google telah menukar Memories menjadi Moments.

image is not available

Perubahan ini dilihat berlaku pada Google Photos untuk iOS. Bar bawah kini hanya memaparkan Foto, Koleksi dan Cari. Moments atau Detik kini berada di dalam Koleksi, di mana pengguna boleh lihat semua yang pernah dihasilkan, melihat cadangan oleh Google, melakukan perkongsian dan banyak lagi. Kini, keseluruhan Google Photos kelihatan sedikit lebih kemas.

image is not available

Sebelum ini, Google turut melakukan banyak perubahan seperti ciri perkongsian ditukar menjadi Kemaskinian (Updates). Di sini pengguna boleh menguruskan segala aktiviti perkongsian dan juga perbualan (ruangan komen pada album dikongsi). Perkara ini dijangka turut akan terkesan kepada peranti Android dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved