MOT Sedia Menilai Semula Membenarkan Perkhidmatan Seru Motosikal

TechnologyDigital
28 Nov 2024 • 10:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perkhidmatan seru motosikal Dego Ride diperkenalkan pada tahun 2017 sebagai alternatif kepada perkhidmatan seru pandu Uber dan Grab. Tetapi perkhidmatan telah diharamkan oleh Kementerian Pengangkutan atas sebab keselamatan pengguna. Semalam Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengatakan kementerian beliau kini sedia menerima maklum balas mengenai pengenalan perkhidmatan seru motosikal di Malaysia.

image is not available

Syarikat yang berminat boleh menunjukkan bukti konsep (POC) dan menjalankan ujian perkhidmatan mereka di satu kawalan yang akan ditetapkan kelak. Sekiranya ujian bukti konsep berjaya dilakukan, seru motosikal dilihat mampu menjadi pengangkutan perbatuan pertama dan terakhir yang menyambungkan orang ramai kepada pengangkutan awam.

Perkhidmatan seru motosikal cukup popular di Indonesia dan Vietnam. Ini adalah kerana dengan jalan raya yang sesak, hanya motosikal dapat melakukan perjalanan dengan pantas. Di Malaysia isu keselamatan menjadi sebab utama perkhidmatan ini dilihat sesuai kerana motosikal menyumbang kepada 75% kemalangan di negara dengan purata 12 kematian penunggang setiap hari.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved