
Pengguna jalan raya, sila berhati-hati
Memudahkan Kerja Jalan Raya, Laluan Sementara Di Bukit Begunan Kini Dibuka. Dengan tujuan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek pembangunan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, satu laluan sementara di kawasan Bukit Begunan kini telah dibuka.
Langkah ini diambil untuk memberikan ruang kepada pihak kontraktor melakukan kerja-kerja teknikal dan pembangunan di laluan tetap.

Jalan di Bahagian Sri Aman telah dibuka kepada umum mulai hari ini
Juga telah dimaklumkan bahawa beberapa jalan di kawasan Bukit Begunan perlu dirobohkan dan terpaksa direka bentuk semula untuk mengelakkan berlakunya tanah runtuh di kawasan tersebut.
Boleh baca sini untuk ketahui lebih Perlu Diruntuh, Jalan Pan Borneo Bukit Begunan Dan Lambir Terpaksa Direka Bentuk Semula
Oleh itu pihak jabatan kerja raya telah membuka satu laluan alternatif sementara untuk pengguna jalan raya. Jalan di Bahagian Sri Aman telah dibuka kepada umum mulai hari ini menerusi notis dari JKR Sarawak di laman Facebook.

Maklumat terkini dari pihak kontraktor
Pengguna jalan raya diminta untuk memandu dengan berhati-hati di kawasan ini, khususnya selama tempoh pembukaan lencongan jalan sementara. Ini penting bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau insiden yang tidak diingini.
Pihak kontraktor akan memberikan makluman kepada orang awam sekiranya ada perubahan tarikh atau lokasi yang akan terlibat dengan pembukaan laluan sementara ini. Oleh itu, pengguna jalan raya disarankan untuk merancang perjalanan mereka dengan berhati-hati dan memantau maklumat terkini.




