Men’s Biore University Cup 2026 satukan bakat e-sukan, bina keyakinan generasi muda

LocalGaming
30 Jul 2026 • 4:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perkembangan industri e-sukan yang semakin pesat membuktikan bahawa bidang itu bukan lagi sekadar aktiviti santai, sebaliknya menjadi ruang untuk golongan muda membina kemahiran, memupuk kerjasama berpasukan serta meningkatkan keyakinan diri.

Melihat potensi tersebut, Kao Malaysia menerusi jenama Men’s Biore tampil menganjurkan Men’s Biore University Cup Tournament 2026, sebuah kejohanan e-sukan yang menghimpunkan lebih 400 pelajar daripada empat institusi pengajian tinggi awam dan swasta, selain penyertaan peserta yang berjaya melalui sesi kelayakan dalam talian.

Image from: Men’s Biore University Cup 2026 satukan bakat e-sukan, bina keyakinan generasi muda

Dengan menawarkan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM12,000, kejohanan itu menyaksikan peserta berentap menerusi dua permainan mudah alih popular iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan Honor of Kings (HOK).

Image from: Men’s Biore University Cup 2026 satukan bakat e-sukan, bina keyakinan generasi muda

Naib Presiden Pemasaran Kao Malaysia, Tan Poh Ling berkata, perkembangan e-sukan pada masa kini menunjukkan ia mampu menjadi medium pembentukan nilai positif dalam kalangan generasi muda.

Menurut beliau, e-sukan bukan hanya berkaitan permainan, malah turut membantu membina disiplin, kemahiran komunikasi, semangat berpasukan serta ketahanan mental.

“Kami mahu menyediakan platform yang meraikan bakat anak muda sambil menggalakkan mereka mengamalkan penjagaan diri yang positif serta sentiasa tampil yakin dalam apa juga yang dilakukan,” katanya.

Image from: Men’s Biore University Cup 2026 satukan bakat e-sukan, bina keyakinan generasi muda

Tan berkata, Men’s Biore juga mahu dilihat sebagai jenama yang memahami minat dan gaya hidup generasi muda, selain terus menyokong perkembangan komuniti e-sukan di Malaysia.

Beliau turut berharap kejohanan berkenaan dapat diperluaskan pada masa akan datang dengan melibatkan lebih banyak universiti menerusi kerjasama bersama institusi pendidikan serta komuniti e-sukan di seluruh negara.

Image from: Men’s Biore University Cup 2026 satukan bakat e-sukan, bina keyakinan generasi muda

Mengangkat tema ‘Kontrol Game Anda’, kempen berkenaan membawa mesej bahawa pencapaian dalam permainan perlu bergerak seiring dengan penjagaan diri dan pembentukan sikap positif.

Dalam kejohanan itu, pasukan Multimedia University (MMU) Malaysia berjaya menjuarai kategori Honor of Kings (HOK) selepas mempamerkan prestasi konsisten dan strategi berkesan sepanjang pertandingan.

Naib juara diraih oleh LXM ESPORT, manakala SCT TEAM yang turut layak menerusi pusingan dalam talian menduduki tempat ketiga.

Image from: Men’s Biore University Cup 2026 satukan bakat e-sukan, bina keyakinan generasi muda

Bagi kategori Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) pula, pasukan PMAS A yang melangkah ke pentas akhir menerusi kelayakan dalam talian muncul juara.

Tempat kedua dimenangi BOSS NAILONG dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), sementara UM x REIGN melengkapkan kedudukan tiga terbaik.

Sebelum ke peringkat akhir, para peserta terlebih dahulu melalui pusingan kelayakan yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Multimedia University (MMU) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Image from: Men’s Biore University Cup 2026 satukan bakat e-sukan, bina keyakinan generasi muda

Selain pertandingan secara fizikal di beberapa universiti terpilih, pusingan kelayakan dalam talian turut dianjurkan bagi memberi peluang lebih luas kepada pemain dari institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia untuk menyertai kejohanan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved