Tular Video Ngeri Terjatuh Ketika Beraksi, Atlet Gimnastik England Kini Stabil

27 Jul 2026 • 5:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 07 27T174704.297

Atlet gimnastik muda England, Gabriel Langton, 19, yang mengalami insiden ngeri sewaktu beraksi di Sukan Komanwel Glasgow 2026 dilaporkan telah dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani beberapa imbasan.

Kejadian cemas itu berlaku semasa acara final gimnastik berpasukan lelaki apabila Langton terlepas pegangan ketika melakukan rutin high bar, menyebabkan beliau jatuh terhempas dengan bahagian kepala dan leher mendarat terlebih dahulu di atas mat.

 

View on Threads

 

Susulan insiden ngeri berkenaan, pertandingan terpaksa dihentikan seketika bagi membolehkan beliau menerima rawatan rapi di dalam arena sebelum beliau diusung keluar menggunakan pengusung (stretcher).

Pengurusan Team England dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan keadaan atlet berkenaan yang kini berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih.

“Dia berada dalam semangat yang baik dan sangat bersyukur atas pelbagai mesej sokongan serta penjagaan cemerlang yang diberikan oleh pasukan perubatan.

Beliau tidak sabar untuk disatukan semula dengan pasukan bagi merayakan pingat perak yang dimenangi,” kata kenyataan itu.

Meskipun terpaksa akur berada di hospital sewaktu majlis penyampaian pingat berlangsung di arena di mana rakan sepasukan Luke Whitehouse, Alex Yolshin-Cash, Josh Nathan dan Adam Tobin menerima pingat perak namun momen bermakna itu tetap dirayakan kemudiannya.

Menerusi satu perkongsian di media sosial rasmi Team England, Langton dilihat telah selamat kembali ke hotel penginapan pasukan dan disambut meriah oleh rakan-rakan serta pegawai sebelum dikalungkan pingat perak berpasukan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Team England (@officialteamengland)

Dalam saingan berkenaan, pingat emas berpasukan lelaki menjadi milik kem Kanada, sekali gus meragut dominasi England yang tidak pernah gagal menjuarai acara berkenaan sejak edisi 2010.

Sumber: Threads, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved