Menabung Tak Sampai 2 Tahun, Tular Lelaki Ini Berjaya Kumpul Wang Sebanyak RM28.5K

13 Sep 2022 • 3:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Menabung Tak Sampai 2 Tahun, Tular Lelaki Ini Berjaya Kumpul Wang Sebanyak RM28.5K. Sejak usia yang muda, kita sering dinasihatkan untuk mengamalkan amalan menabung. Namun, amalan ini biasanya kurang diamalkan as we get older tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh mengamalkan tabiat itu lagi!

Inilah yang dilakukan oleh seorang lelaki dari Miri apabila beliau mula menyimpan wangnya di dalam tabung dan berjaya menyimpan sehingga RM28,510 dalam tempoh kurang dua tahun!

image is not available
Menabung Tak Sampai 2 Tahun, Tular Lelaki Ini Berjaya Kumpul Wang Sebanyak RM28.5K

Simpan duit dalam botol besar

Lelaki berkenaan, Jahat Jahat, baru-baru ini berkongsi hasil simpanannya menerusi Facebook, yang memperoleh 4.7k perkongsian pada masa penulisan.

Dalam salah satu video yang dilampirkannya, beliau dilihat memotong botol hitam besar iaitu tabung tersebut dan sebaik sahaja beliau berjaya membukanya, beribu-ribu wang tunai jatuh dari botol itu.

image is not available
Kredit foto: FB Jahat Jahat

Akhirnya, al-kisah tak sampai 2 tahun saya menabung, tanpa sebab. Tapi hati ingin mahu tahu berapa jumlah, dan mak pesan bagus buka simpan pergi bank lebih baik. Alhamdulilah, nampak juga hasil usaha menabung. Niat mesti ada dan hati mesti kuat. Bila duit sudah masuk botol, amalkan selalu fikir tiada duit di dalam botol itu. Itu cara saya lah, entah macam mana pula cara korang. Botol yang sama, tapi (tabung) syiling belum buka. Saya sedang tunggu tabung syiling itu penuh baru saya buka,”

katanya.

Anda boleh lihat beliau membuka botol tersebut di bawah:

https://www.facebook.com/100029266503227/videos/pcb.861102291541980/424667719649111
Kredit video: FB Jahat Jahat

https://www.facebook.com/100029266503227/videos/pcb.861102291541980/1268112287337827
Kredit video: FB Jahat Jahat

Berjaya mengumpul wang sebanyak RM28,510

Selepas mengeluarkan wang dari tabung, lelaki itu membahagikan wang itu kepada bahagian RM100, RM50, RM20, RM10, RM5 dan RM1.

Secara keseluruhan, beliau berjaya menyimpan sehingga RM28,510 dalam tempoh kurang dua tahun. Itu adalah pencapaian yang mengagumkan!

image is not available
Kredit foto: FB Jahat Jahat

Semoga amalan lelaki ini dapat dijadikan inspirasi kepada orang lain terutamanya golongan muda untuk mula mengamalkan amalan menabung. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit!

Lagi di sini: