Menakutkan! Wanita nyaris diculik, lelaki datang serkup kepala dari arah belakang

LocalPolitics
26 Jan 2025 • 5:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang wanita nyaris diculik di hadapan sebuah kedai dalam kejadian di Bandar Saujana Putra, di sini, pada Khamis lalu.

Menerusi satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), kelihatan seorang lelaki yang datang dari arah belakang cuba menyerkup kepala mangsa dengan beg plastik putih.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu gagal selepas wanita berkenaan berjaya mengesan tindakan suspek sebelum menoleh ke belakang dan melarikan diri.

Wanita nyaris diculik

image is not available

image is not available

Suspek kemudiannya dilihat turut melarikan diri selepas cubaan menculik mangsa gagal yang berlaku kira-kira jam 4.37 pagi hasil daripada rakaman CCTV.

Mangsa minta rakaman CCTV daripada pemilik premis

Difahamkan, magsa telah meminta rakaman CCTV daripada salah sebuah premis di kawasan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa datang ke kedai kami minta hantar satu salinan rakaman CCTV pada pagi kejadian berlaku,”kongsi pemilik rakaman CCTV.

image is not available

Menakutnya! Dah tak selamat

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan kerisauan melihat kejadian berkenaan.

image is not available image is not available

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya sedang mengesan wanita dalam rakaman CCTV itu bagi mengesahkan motif kejadian.