Menang Kes Video ‘Kelepok Raya’, Aliff Syukri Menangis & Mohon Maaf Pada Netizen – “Saya Janji Akan Buat Lagu Lebih Baik”

LocalEntertainment
27 Aug 2025 • 6:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri tidak menjangkakan dia akan dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang ‘Kelepok Raya’, tiga tahun lalu.

Kata usahawan berusia 38 tahun itu, hidupnya tertekan sehingga tidak boleh tidur malam sepanjang tempoh tiga tahun ‘turun naik’ mahkamah dan akui ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Sejujurnya, saya tidak sangka boleh menang hari ini. Kalau saya kalah, saya kena bayar (denda) sehingga RM200,000. Namun, akhirnya kes ini berpihak kepada saya.

image is not available

Aliff yang ditemui di mahkamah dilihat menangis atas kemenangan ini dan berkata apa yang berlaku adalah satu pengajaran yang terbaik buat dirinya.

Dalam pada itu, Aliff juga turut memohon maaf kepada semua orang yang memarahinya sebelum ini kerana mengeluarkan video muzik sedemikian.

Selepas ini, saya akan keluarkan lagu baharu tetapi ia akan menjadi versi yang lebih baik serta memberi contoh terbaik.

image is not available 2025-08-27 14:19:24

Datuk Aliff Syukri Menang Kes Mahkamah, Bebas Tuduhan Video Sumbang 'Kelepok Raya'