Menang Lawan Turkmenistan, Ranking Harimau Malaya Naik Ke 140

25 Mar 2023 • 2:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ranking Harimau Malaya Melonjak Naik Dari 145 Ke 140

Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-Gon berjaya memperbaiki kedudukan ranking FIFA kepada kedudukan yang lebih baik sejak 15 tahun lalu.

Sejak berjaya mara ke separuh akhir Piala AFF 2022 hujung tahun lalu, skuad kebangsaan telah berjaya mengumpul sebanyak 1,071.99 mata setakat ini.

Terbaru, skuad negara berjaya menambah 5.27 mata lagi selepas kemenangan 1-0 ke atas Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada Khamis lalu.

Penambahan mata berharga tersebut telah menjadikan mata terkumpul sekeluruhan meningkat menjadi 1,077.26. Kutipan mata terkumpul tersebut sekali gus telah meletakkan skuad negara berada di ranking ke-140 didepan Burundi dan St Kitts and Nevis.

Sementara itu, skuad Harimau Malaya juga berpeluang untuk menambah kutipan mata sekiranya mereka berjaya menumpaskan pasukan Hong Kong dalam perlawanan 28 Mac ini.

Jika kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya maka mata keseluruhan yang dikumpul sebelum kemaskini FIFA pada April depan adalah sebanyak 1082.16.

Penambahan kutipan mata itu sekali gus akan melonjakkan lagi kedudukan Harimau Malaya ke ranking 139 dunia. Ia bakal memintas sebuah lagi negara dari Amerika Selatan iaitu Suriname.

Perubahan kedudukan ke-139 dunia itu sangat penting kerana ia bakal menghampiri kedudukan terbaik sekuad kebangsaan pada 2011 selepas memenangi Piala AFF 2010.

Ketika itu Malaysia menduduki tangga ke-138 dunia sebelum mengalami kejatuhan pada tahun 2018 dan pernah menghuni posisi ke-178.

Kemenangan ke atas Hong Kong sangat penting

Kemenangan ke atas Hong Kong ini juga merupakan misi penting kepada skuad kebangsaan. Ia bagi mengurangkan defisit perbezaan mata ranking dengan pesaing terdekat iaitu Filipina kepada 27.44 mata.

Untuk makluman, Filipina kini berada di tangga ke-134 dunia dengan kutipan mata semasa sebanyak 1,109.60.

Kemas kini ranking terbaru akan dikeluarkan oleh FIFA secara rasmi pada 6 April ini.

Terdahulu, skuad Harimau Malaya menewaskan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1.

Pada pertembungan di gelanggang keramat gergasi Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) itu. Pemain sayap Harimau Selatan Muhammad Akhyar Abdul Rashid muncul wira pasukan bimbingan Kim Pan Gon. Beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa pertama.

Sumber: Sinar Harian