Menang Penyampai Radio Popular, Latif Romly pesan dekat KJ jangan lupa diri

LocalEntertainment
14 Oct 2024 • 12:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Latif Romly pesan dekat KJ

Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Latif Romly pesan dekat KJ atau nama penuhnya Khairy Jamaluddin jangan lupa diri selepas memenangi Penyampai Radio Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36.

Latif Romly berkata sedemikian ketika hadir pada majlis meraikan kejayaan bekas Menteri Belia dan Sukan itu di Restoran Nasi Lemak Saleha, Ampang hari ini malah turut menghadiahkan topi berlogo Manchester United.

Latif Romly pesan dekat KJ

Instagram will load in the frontend.

Dalam video tersebut, KJ seakan terkejut serta ketawa sebaik sahaja mendengar nasihat yang diberikan Latif Romly untuk kekal relevan dalam industri.

Hari ini, Khairy Jamaluddin menunaikan janji menjamu nasi lemak kepada pengundi di Restoran Nasi Lemak Saleha, Ampang.

image is not available

Difahamkan, lebih 500 peminat bagi meraikan kejayaannya selepas merangkul Anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH36 pada Jumaat lalu.

Terdahulu, Khairy berjaya menewaskan penyampai radio lain yang lebih berpengalaman iaitu Tyzo, Haiza, DJ Sonic dan Sharifah Shahirah.

Latif Romly pesan dekat KJ

image is not available

Sumber: Instagram @Hotfm976