Menangi Percutian Bernilai RM40k Menerusi Kempen 'Mastercard Credit Card Spend Bonanza' Bank Rakyat

TravelSales & Promo
21 Sep 2026 • 10:21 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Menangi Percutian Bernilai RM40k Menerusi Kempen 'Mastercard Credit Card Spend Bonanza' Bank Rakyat

Menangi Percutian Bernilai RM40k Menerusi Kempen 'Mastercard Credit Card Spend Bonanza' Bank Rakyat

KUALA LUMPUR, 18 Sept 2026 — Bank Rakyat melancarkan Kempen Mastercard Credit Card Spend Bonanza yang menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memenangi percutian bernilai sehingga RM40,000 termasuk penerbangan kelas perniagaan. Kempen ini yang terbuka kepada semua pemegang Kad Kredit-i Mastercard Bank Rakyat berlangsung sehingga 30 September 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata dalam satu kenyataan, inisiatif ini bertujuan untuk memberikan ganjaran kepada pelanggan apabila mereka berbelanja menggunakan Kad Kredit-i Mastercard Bank Rakyat, sekali gus menggalakkan penggunaannya sebagai kaedah pembayaran yang mudah dan selamat.

“Kempen ini turut mencerminkan komitmen berterusan Bank Rakyat dalam menawarkan nilai tambah kepada pelanggan melalui ganjaran yang relevan dengan gaya hidup moden,” tambah beliau.

Melalui kempen ini, pemegang kad berpeluang memenangi percutian ditanggung sepenuhnya untuk dua orang ke destinasi terpilih termasuk Jepun dan Singapura, lengkap dengan pengalaman perjalanan premium termasuk penerbangan kelas perniagaan, yang mana setiap transaksi menggunakan Kad Kredit-i Mastercard Bank Rakyat melayakkan pelanggan untuk menerima penyertaan.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk hadiah utama berupa percutian lapan hari tujuh malam ke Jepun, manakala hadiah bulanan merangkumi percutian lima hari empat malam ke Singapura. Selain itu, pelanggan juga berpeluang menerima ganjaran istimewa berupa baucar Shopee bernilai RM100, dengan seramai 1,350 pemenang secara keseluruhan.

Menangi Percutian Bernilai RM40k Menerusi Kempen 'Mastercard Credit Card Spend Bonanza' Bank Rakyat
Menangi percutian 8H7M ke Jepun bernilai RM40,000 dan banyak lagi hadiah hebat ! Belanja dengan Kad Kredit-i Bank Rakyat Mastercard anda dan kumpulkan penyertaan

Untuk menyertai kempen ini, pemegang kad hanya perlu menggunakan Kad Kredit-i mereka bagi transaksi dalam negara, transaksi dalam talian atau transaksi mata wang asing. Setiap perbelanjaan RM100 dalam negara melayakkan pelanggan menerima satu penyertaan, manakala setiap perbelanjaan RM100 dalam talian atau dalam mata wang asing melayakkan pelanggan menerima sepuluh penyertaan.

Bagi ganjaran istimewa, pelanggan perlu mendaftarkan Kad Kredit-i mereka sebagai kaedah pembayaran utama dalam aplikasi pilihan atau untuk pembayaran langganan dan bil berulang, serta membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 sebulan selama tiga bulan berturut-turut untuk menerima baucar Shopee bernilai RM100.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh merujuk terma dan syarat kempen di laman sesawang Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my. mengunjungi cawangan yang berdekatan atau menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved