“Menangis owner burger stadium” – Netizen Puji Mydin Jual Burger Ayam Harga RM0.67

Entertainment
28 Aug 2024 • 2:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Memang ramai rakyat Malaysia sekarang ini yang mungkin berdepan dengan masalah kewangan lebih-lebih lagi jika mempunyai komitmen keluarga.

Salah satu inisiatif terbaik yang diambil oleh jenama pasar raya tempatan, Mydin mereka telah menjual burger dengan harga yang tak masuk akal.

Burger Mydin murah, makan kenyang

Menerusi video yang dikongsikan oleh @abangzabumalaysia di TikTok, dia menunjukkan salah satu sajian berbaloi yang ada di pasar raya Mydin iaitu burger ayam berharga RM0.67.

Menurut tag harga, burger itu terhad dua unit untuk setiap pelanggan dan promosi tersebut selama tiga hari iaitu pada 23 sehingga 25 Ogos 2024.

Dalam video lain yang dimuat naik, Abang Zabu menunjukkan rupa burger murah tersebut lengkap dengan roti, patty ayam, sos, mayonis dan sedikit sayuran.

Walaupun nampak simple, Abang Zabu berkata portion sebegitu mengeyangkan serta berbaloi dengan harga. Dia juga ada menambah telur goreng, mayonis serta sayuran lain mengikut saranan netizen TikTok.

“Menangis abang burger stadium”

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen teruja melihat promosi berbaloi yang dijalankan oleh Mydin Malaysia kerana dianggap faham dengan situasi segelintir rakyat Malaysia.

image is not available

Ada juga yang membandingkan rupa burger tersebut sama seperti burger yang dijual di stadium namun harganya jauh lebih murah.

image is not available

Netizen lain berpendapat harga RM0.67 tersebut sempena dengan hari kemerdekaan yang ke-67 tahun ini.

image is not available

Alamak, jauh pula Mydin dari rumah min!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.