“Menangis tengok” – Netizen Pilu Lihat Gambar ‘Progress’ Pemulihan Muka & Anggota Badan Faisal Halim

13 Jun 2024 • 4:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bintang Selangor FC, Faisal Halim mencuri tumpuan hari ini apabila muncul buat pertama kali dalam satu sidang akhbar selepas insiden simbahan asid pada 5 Mei lalu.

Faisal menjadi mangsa simbahan asid yang berlaku di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya hingga menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.

Runtun jiwa lihat proses pemulihan Faisal Halim

Dalam sidang media terbabit, Selangor FC turut berkongsi mengenai kronologi dan situasi semasa membabitkan Faisal Halim.

Difahamkan keadaan semasa Faisal Halim atau mesra dengan panggilan Mickey menunjukkan pemain itu tidak dapat menggunakan tangan kiri ekoran terkena asid jenis sulfurik yang disimbah.

Dapat dilihat keadaan luka di tangan dan parut di muka pemain berusia 26 tahun itu menceritakan seribu satu kesengsaraan yang dialami selama sebulan sejak insiden tersebut berlaku.

Dalam sidang media itu juga, turut dipaparkan perkembangan pemulihan muka, lengan dan dada Faisal Halim.

Tambah Faisal, dia sendiri enggan mengingat kembali kejadian tersebut kerana ia merupakan satu tragedi yang sangat gelap buat diri, keluarga dan juga kariernya.

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian gambar itu meluahkan rasa pilu dan mengecam tindakan pelaku yang telah melakukan perbuatan kejam terhadap individu yang tidak bersalah.

image is not available image is not available image is not available

Min pun tak sanggup nak tengok keadaan Faisal Halim ketika itu. Semoga beliau terus kuat dan dipermudahkan urusan.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.